Sumbangan Dana Menyelenggara dan Membaiki Kerosakan Madrasah

 

Mari kita bantu memberikan sumbangan untuk

menyelengara dan membaiki kerosakan

Madrasah Al-Qurra’ Melaka.

 


Pada bulan Disember 2021 yang lalu, disebabkan hujan yang agak lebat, telah berlaku kejadian tanah runtuh di dalam kawasan Madrasah Al-Qurra' di Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka.


Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan yang berlaku kepada pelajar-pelajar tahfiz disini.


Namun begitu, kejadian tanah runtuh ini mungkin berulang dimasa hadapan sekiranya tiada inisiatif yang diambil untuk membaik pulih dan menebat batu di kawasan ini.


Justeru kami di Madrasah Al-Qurra' merayu kepada Tuan, Puan yang budiman untuk berkongsi rezeki bersama kami agar kami dapat menyelenggara kerosakan-kerosakan yang sedang berlaku di Madrasah ini.


Seterusnya dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak tahfiz


Semoga wang yang disedekah oleh Tuan, Puan diterima sebagai amal jariah dan pahala yang berterusan selagi mana Madrasah ini masih beroperasi.



--------------------------------


Madrasah Al-Qurra’( MAQ ) Melaka telah dibangunkan atas tanah yang telah diwakafkan oleh Tuan Haji Ismail dan Puan Hajah Rohana Hussin.

Maahad ini merupakan sebuah Institut Tahfiz Al-Quran yang telah diasaskan pada tahun 2008 oleh Prof Madya Hj Musa Ahmad  

(Mantan Dekan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam / Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), UiTM)



Madrasah Al-Qurra'  telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Negeri Melaka untuk beroperasi  secara rasminya pada 1 Februari 2009.




Pada tahun 2016, sebuah lagi Madrasah Al-Qurra’ Lil Banat khas untuk pelajar perempuan telah berjaya beroperasi di Kampung Melekek, Melaka.


 


Misi Madrasah Al-Qurra' adalah melahirkan generasi huffaz professional sebagai tunggak pembangunan insan negara. 

Oleh itu, selain menyediakan PROGRAM TAHFIZ SEPENUH MASA,

kami juga menyediakan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dibawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Program ini adalah satu inisiatif bagi memberi peluang kepada pelajar yang ingin mempelajari ilmu kemahiran dan pengurusan masjid disamping menjadi huffaz yang profesional dan unggul.


Bantu Madrasah Al-Qurra' merealisasikan misi ini dengan memberikan infak dan sumbangan untuk pelajar di madrasah ini 





Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:

Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631)



BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG


Untuk memudahkan pihak tuan/puan melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej sumbangan seperti berikut:


Sumbangan RM 1000

Sumbangan RM 500

Sumbangan RM 100

Sumbangan RM 50

Sumbangan RM 30

Sumbangan Seikhlas Hati


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank in Ke Akaun Di Bawah:


BANK ISLAM

05021010040847

MADRASAH ALQURRA

REFERENCE:ALQURRA


** Sila Letakkan reference "ALQURRA" untuk mudahkan pihak kami mengagihkan dana yang tuan/puan sumbangkan.



PUSAT TAHFIZ BERDAFTAR DI BAWAH KERAJAAN NEGERI MELAKA : JAIM/SAS(M)003



Penafian: 

1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway senangpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Simplepay Gateway Sdn Bhd. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk caj pengurusan dan operasi.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini, sila hubungi : +60122165297 - Ustaz Yazid (Timbalan Mudir Madrasah Al-Qurra')


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan RM 1000
Sumbangan RM 500
Sumbangan RM 100
Sumbangan RM 50
Sumbangan RM 30
Sumbangan Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel madrasah.alqurra@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet & Mesin Deposit Tunai.
PenamaMADRASAH ALQURRA
No. Akaun05021010040847
Buka Bank Islam IB