Sumbangan Ramadan 1433H (Banat)
Jom kita rebut pahala berganda bulan Ramadhan dengan
membantu memberikan sumbangan untuk
pelajar-pelajar tahfiz di
Madrasah Al-Qurra’ Melaka.
Madrasah Al-Qurra’( MAQ ) Melaka telah dibangunkan atas tanah yang telah diwakafkan oleh Tuan Haji Ismail dan Puan Hajah Rohana Hussin.
Maahad ini merupakan sebuah Institut Tahfiz Al-Quran yang telah diasaskan oleh Prof Madya Hj Musa Ahmad
(Mantan Dekan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam / Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU), UiTM) pada tahun 2008.
Maahad Al-Qurra' telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Negeri Melaka untuk beroperasi secara rasminya pada 1 Februari 2009.
Pada tahun 2016, sebuah lagi Madrasah Al-Qurra’ Lil Banat khas untuk pelajar perempuan telah diwujudkan.
Buat masa ini pengoperasian Madrasah Al-Qurra adalah berdasarkan
kepada yuran bulanan dan sumbangan serta infak dari orang ramai.
Justeru, kami di Madrasah Al-Qurra’ merayu sumbangan daripada Tuan Puan dan membuka peluang
untuk
berkongsi rezeki pada bulan ramadhan ini agar kami agar kami dapat meneruskan operasi madrasah dengan baik.
Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, kami membuka peluang kepada Tuan, Puan, Dato’, Datin
untuk menyumbang seikhlas hati agar kami dapat menyediakan
makanan berbuka dan keselesaan tempat tinggal untuk pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz ini.
"Ya Allah, Ya Tuhan kami. Sempena Bulan Ramadhan ini , kau limpahkan lah rezeki yang berganda buat penderma yang menyumbang sebahagian harta mereka ke jalanmu dan kurniakan lah pada mereka pahala yang berganda"
Semoga sedekah tuan puan ini menjadi jariah yang berbekalan sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A,
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Riwayat Muslim (1631)
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG
Untuk memudahkan pihak tuan/puan melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej tajaan seperti berikut:
Sumbangan Ramadan RM 1000
Sumbangan Ramadan RM 500
Sumbangan Ramadan RM 100
Sumbangan Ramadan RM 50
Sumbangan Ramadan RM 30
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank in Ke Akaun Di Bawah:
CIMB BANK
8602389559
MADRASAH ALQURRA LIL BANAT (PEREMPUAN)
REFERENCE: “RAMADAN”
** Sila Letakkan reference "RAMADAN" untuk mudahkan pihak kami mengagihkan dana yang tuan/puan sumbangkan.
** Jika tuan/puan mempunyai hajat untuk sebarang tahlil dan doa selamat , sila isi "BORANG INFAQ RAMADHAN" di bawah
https://tinyurl.com/borang-tahlil-penderma
https://tinyurl.com/borang-tahlil-penderma
dan hantar ke +60122165297 - Ustaz Yazid (Timbalan Mudir Madrasah Al-Qurra') bersama resit pembayaran
PUSAT TAHFIZ BERDAFTAR DI BAWAH KERAJAAN NEGERI MELAKA : JAIM/SAS(M)003
Penafian:
1. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini, sila hubungi : +60126669414 - Pn Aini (Penolong Pengurus Madrasah Al-Qurra')